Rabu, 15 Julai 2015

Asalalmualaikum...w.b.t..

Cendol adalah satu minuman yang berasaskan kepada bahan bahan semulajadi yg dirumus khas dengan adunan dibuat secara tradisional.
Cendol adalah minuman pencuci mulut yang semakin popular dikalangan masyarakat dinegara ini. Adunannya adalah daripada bahan asas yang pernah kita temui disekitaran hidup kita..terutama dipasar dan juga sekeliling rumah kita.

Cendol yang lazat adalah diperbuat daripada santan kelapa asli yang diadun dengan ramuan tradisional..yang sungguh menyegarkan dengan aroma yang amat menyelerakan.
Kini cendol bukan lagi suatu yang asing bagi masyarakat malaysia,jika suatu ketika dahulu..ianya dipelopori oleh bangsa malbari atau india..tetapi hari ini ramai penjual penjual cendol dari kalangan bangsa melayu atau bumiputera.

Dimana mana sahaja kita akan 
menemukan penjual penjual cendol ini samada ianya dijual secara kecil kecilan mau pun secara besar besaran malahan ada diantaranya amat popular didaerah masing masing.
Cendol bukan lagi asing...bahkan ianya sesuatu minuman yang amat digemari ketika dalam keadaan musim panas yang dapat mehilangkan rasa dahaga dan juga haus diterjah bahang matahari.Cendol sangat popular dikalangan masyarakat..terutama didalam majlis majlis seperti majlis perkahwinan,majlis hari lahir,majlis perpisahan,majlis hariraya rumah terbuka,majlis bacaan yassin dan pelbagai majlis dan juga keraian.

Diatas permintaan yang tinggi serta popularitinya cendol ini..kini Cendol Klassic Beybiee menyahut cabaran untuk memberi suatu khidmat kepada masyarakat setempat khususnya kepada pencinta pencinta cendol agar mereka sentiasa dapat menikmati minuman ini pada bila bila dan pada ketika diperlukan.
Muah mudah dengan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua...
Untuk catatan yang akan datang..Cendol Klassic Beybiee akan memberikan resepi agar kita sama sama dapat menikmati kelazatan cendol ini..

Sekian dahulu..kita berjumpa lagi nanti di lain waktu ..insyaallah....

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan