Selasa, 11 Ogos 2015

Kini...terdapat dikedai yang berhampiran...

Cendol handmade/homemade untuk pelanggan yang dikasihi..
Bagi memudahkan pelanggan untuk menikmati cendol buatan sendiri dirumah diwaktu hujung minggu...sungguh lembut dengan aroma yang amat menyegarkan...

Juga disediakan GULA MELAKA SPECIAL dengan adunan gula yang membuatkan anda benar2 dapat menikmati kelazatan cendol yang sebenar....orang kata macam mak kita yang buat...Haha

Moga ianya akan dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah...

Selamat mencuba...
( Terdapat dijual di kedai santan Kak Ros Kota Masai Jalan Kacang dan juga dikedai 24jam Kedai Bersatu KBZ Taman Cahaya Masai...dengan harga yang sangat berpatutan....)
CENDOL KLASSIC BEYBIEE..

Isnin, 27 Julai 2015

Resepi cendol yang sangat lembut...
Jika teringin nak minum cendol..ketika musim2 panas...dah tau ni...kira dah boleh buat sendiri...sangat mudah..
Jika ada apa apa pertanyaan boleh la tanya kat sini yer...insyaallah..

Rabu, 22 Julai 2015

Dalam keadaan cuaca yang begitu panas ni...adakalanya kita terfikir...apa minuman yang boleh menghilangkan dahaga serta membuatkan badan terasa segar semula..
maklumlah...jika dah panas panas ni..badan pun mula la lembik...mata mengantuk..bad mood...haha..kan kan..
Apa kata..dalam fikir punya fikir tu...utk menyegarkan badan...perah x terfikir nak minum cendol...suatu minuman yang agak unik n special...Cendol Klassic Beybiee...
Jalan Berlian 34 Taman Cahaya Masai...pasti anda akan terima...jom...

POKOK CENDOL

pernah dgr pokok cendol? ni la rupanya..kenapa org panggil cendol , aku pun tak tau...may be dari rupa daunnya kot? actually  , aku pun tak tau apa sebenarnya nama pokok ni , tapi yg pasti pokok ni adik beradik kaktus jugak la...

Actually , pokok ni mengingatkan aku pada arwah atok masa aku kecik-kecik dulu . time tu , ada 2 pasu yg bergantungan dgn rimbunan dan berjurai-jurai daunnya  . aku suka dan sayang kat pokok ni even nak patahkan daun-daunya cendolnya tu pun , aku sayang sgt . lepas kami sekeluarga pindah dari rumah atok , terus tak jumpa dah dan  tak sangka plak , bila umur dah meningkat dewasa ni , baru aku terjumpa semula pokok ni  .

Oh ya  , aku terjumpa semula pokok ni  , kat kedai bunga Floristika di bangsar kl ( iaitu sebelah menara mutiara bansar ) ..apa lagi , terus aje la aku beli sepasu . harga sepasu cuma RM12.90 aje sekarang ni  , dah cantik berjuraian kat ampaian kain di rumah . 

oleh sebab pokok ni spesis kaktus ,  pokok ni tak boleh disiram dgn banyak air , klu idak ,dia akan lebam dan lama-lama jadi kehitaman dan terus rosak... klu nak siram pun , setakat spray air aje la...nak buat benih pun senang jugak...just patahkan daun cendol tu , dan cucuk aje la atas tanah yg lembab  ,selang 2 minggu akan tumbuh akar putih dibawahnya . aku suka ngan pokok ni dan klu boleh nak tanam lebih banyak lagi . 



nama sahaja pokok cendol...tapi tidaklah boleh dibuat cendol...hehe
Cendol Klassic Beybiee.

Selasa, 21 Julai 2015


RESEPI: CENDOL KLASSIC BEYBIEE


cendol yang telah siap
cendol yang telah siap
Assalamualaikum..salam sejahtera untuk rakyat 1 Malaysia..tengah hari ini cuaca panas..macam mana kita pekena cendol istimewa hari ini?. Buat cendol sendiri ini amat mudah dan cepat..cuma bahan-bahan kena ada. Tapi tak apa ambil resepi, beli bahan-bahan, buat bila ada cuti…makan puas-puas cendol buatan sendiri bersama dengan keluarga. Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa bukan Hak Mutlak Mamak yea. Di India tak ada cendol..ini resepi rumpun Melayu. Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Tanah Melayu atas galakan Penjajah British dalam memajukkan Pulau Pinang dengan cara membawa masuk golongan peniaga. Dari dulu lagi orang Melayu suka bantu bangsa lain berniaga dan suka sangat kutip duit Tol. Walau pun resipi Cendol telah berubah mengikut peredaran zaman dan ia tetap menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia, di Indonesia, Singapura dan Brunei, Thailand dan lain-lain negara di asia tenggara. Dalam resepi cendol mamak haji perkenalkan dua jenis tepung untuk bahan asas satu menggunakan tepung kacang hijau dan satu lagi,  menggunakan tepung BERASbersama dengan tepung ” HOEN KWE “..sahabat kenal kan tepung ini?. Tepung sangat popular untuk buat kuih di Indonesia seperti kueh pelita. Kalau takat berniaga tak perlu gunakan sangat tepung ini..ganti dengan tepung ubi atau jagung pun ok juga. Tapi biaq cendol kita buat makan di rumah, “Biaq sama tapi tak serupa”…hahaha!.
AIR KAPUR : 
Bila sebut air kapur ramai yang salah anggap. Ada yang ambil kapur sireh itu masukkan terus dalam resepi. Akhirnya bila siap.. rasa hidangan terasa kapur dan lidah terasa panas dan lidas. Apa itu sebenarnya air kapur?. Sukatan air kapur atau air kapur sirih yang terdapat dalam resepi-resepi  Indonesia sebenarnya disediakan seperti ini: masukkan kapur makan atau sirih itu dalam sebuah gelas..kalau paras kapur nya 1 bahagian, gunakan paras air 2 bahagian. Bancuh airnya. Biarkan ia mendak. Yang air yang di atas itulah dinamakan AIR KAPUR. Jangan gunakan kapur yg mendak tu yea. Biasanya air ini kalau dibiarkan semalaman anda akan dapat hasil yang terbaik. Air kapur biasanya digunakan buat cendol, kueh rempeyek atau tepung goreng pisang. Bila gunakan airnya saja..anda tidak rasa bau kapur atau lidas lidah anda.  Apalah mamak haji air kapur pun bagi tau jugak kah?..Ini ada sebab kerana tak salah anggap bila buat resepi cendol nanti..Jom kita tengok resepi cendol.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.
Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.
Cendol guna alat pembuat muruku
Cendol guna alat pembuat muruku
  • 125gm tepung beras (1 cawan).
  • 20gm tepung Hoen Kwe.
  • 50gm tepung ubi/kanji.
  • 200ml air pandan (2 cawan).
  • 3/4 sdm. Air Kapur.
  • 1 sudu kecil garam.
  • secubit pewarna hijau.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan Air Pandan,potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba. Cendol Klassic Beybiee.

Rabu, 15 Julai 2015

Asalalmualaikum...w.b.t..

Cendol adalah satu minuman yang berasaskan kepada bahan bahan semulajadi yg dirumus khas dengan adunan dibuat secara tradisional.
Cendol adalah minuman pencuci mulut yang semakin popular dikalangan masyarakat dinegara ini. Adunannya adalah daripada bahan asas yang pernah kita temui disekitaran hidup kita..terutama dipasar dan juga sekeliling rumah kita.

Cendol yang lazat adalah diperbuat daripada santan kelapa asli yang diadun dengan ramuan tradisional..yang sungguh menyegarkan dengan aroma yang amat menyelerakan.
Kini cendol bukan lagi suatu yang asing bagi masyarakat malaysia,jika suatu ketika dahulu..ianya dipelopori oleh bangsa malbari atau india..tetapi hari ini ramai penjual penjual cendol dari kalangan bangsa melayu atau bumiputera.

Dimana mana sahaja kita akan 
menemukan penjual penjual cendol ini samada ianya dijual secara kecil kecilan mau pun secara besar besaran malahan ada diantaranya amat popular didaerah masing masing.
Cendol bukan lagi asing...bahkan ianya sesuatu minuman yang amat digemari ketika dalam keadaan musim panas yang dapat mehilangkan rasa dahaga dan juga haus diterjah bahang matahari.Cendol sangat popular dikalangan masyarakat..terutama didalam majlis majlis seperti majlis perkahwinan,majlis hari lahir,majlis perpisahan,majlis hariraya rumah terbuka,majlis bacaan yassin dan pelbagai majlis dan juga keraian.

Diatas permintaan yang tinggi serta popularitinya cendol ini..kini Cendol Klassic Beybiee menyahut cabaran untuk memberi suatu khidmat kepada masyarakat setempat khususnya kepada pencinta pencinta cendol agar mereka sentiasa dapat menikmati minuman ini pada bila bila dan pada ketika diperlukan.
Muah mudah dengan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua...
Untuk catatan yang akan datang..Cendol Klassic Beybiee akan memberikan resepi agar kita sama sama dapat menikmati kelazatan cendol ini..

Sekian dahulu..kita berjumpa lagi nanti di lain waktu ..insyaallah....

Wassalam...